Wednesday, 27 March 2013

Cara Install Windows 8 di Laptop atau PC

0 comments
Windows 8 merupakan Windows terbaru dari Microsoft yang dilancarkan kepada orang ramai pada Oktober 2012 yang lalu. Ia membawa banyak perubahan, terutamanya dalam menyelaraskan user experience pada komputer, tablet, dan smartphone. Windows 8 juga memperkenalkan user interface baru yang dibina berdasarkan �Metro�.

Cara Install Windows 8 di Laptop atau PC
Nah Berikut ini salawaku akan share Cara install Windows 8 di Laptop atau PC, Berikut ini langkah - langkah Install Windows 8 di Laptop atau PC.
1. Masukkan DVD/USB Windows 8 dan hidupkan komputer. Jika mesej �Press any key to boot from CD or DVD�� keluar, tekan Enter.

2. Window �Windows Setup� keluar. Tekan Next.

3. Klik �Install now�

4. Pilih jenis OS yang anda mahu (jika anda tidak tahu apakah perbezaannya, pilih �x86�) dan tekan Next.

5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Jika anda setuju dengannya, klik �I accept the license terms� dan tekan Next.

6. Pilih �Upgrade� jika anda ingin mengekalkan semua software yang anda telah install pada Windows sebelumnya. Jika tidak, pilih �Custom�.

7. Pilih partition mana yang anda ingin masukkan Windows, dan tekan Next (jika anda memilih partition yang telah mengandungi Windows, segala fail-fail Windows yang lama termasuk �My Documents� akan dipindahkan ke dalam folder �Windows.old�).

8. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

9. Komputer akan restart (jika mesej �Press any key to boot from CD or DVD�� keluar sekali lagi, jangan tekan apa-apa). Kemudian berikan nama bagi komputer anda, dan tekan Next.

10. Pilih �Use express settings� untuk menetapkan Windows mengikut senarai yang dipaparkan, atau pilih �Customize� untuk menetapkannya satu-persatu.


11. Anda boleh klik pada �Sign in without a Microsoft account� untuk teruskan.

12. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan akaun Microsoft, tekan �Local account�.

13. Masukkan nama bagi akaun PC anda, dan tekan �Finish�.

14. Windows 8 anda sudah sedia dan boleh digunakan!
Note : Anda juga boleh melihat video tutorial untuk cara install Windows 8 di sini.

Leave a Reply

berilah kritik dan saran yang baik. kritik dan saran anda berguna sekali bagi saya.