Sunday, 28 April 2013

TANGGUNG JAWAB

0 comments

TANGGUNG JAWAB

Tanggung jawab manusia kepada orang lain dan lingkungan (sosial) di mana ia hidup. Kita ketahui bersama bahwa manusia adalah makhluk yang membutuhkan orang lain dalam hidupnya untuk pengembangan dirinya. Dengan kata lain, ia mempunyai kewajiban-kewajiban moral terhadap lingkungan sosialnya. Kewajiban sangat erat kaitannya dengan eksistensi seseorang sebagai bagian dari masyarakat. Kita sadar bahwa kalau kita tidak melaksanakan tanggung jawab terhadap orang lain, tidak pantas bagi kita menuntut orang lain untuk bertanggung jawab pada kita. Kalau kita tidak berlaku adil pada orang lain, jangan harap orang lain akan berbuat adil pada kita.

Seorang muslim tidak boleh melepas tangan (menghindar dari tanggung jawab) dengan beralasan bahwa kesalahan yang ia kerjakan adalah takdir yang ditentukan Allah kepadanya. Tanggung jawab tetap harus ditegakkan. Allah hanya menentukan suratan (tulisan) tentang apa yang akan dikerjakan manusia berdasarkan keinginan mereka yang merdeka, tidak ada paksaan. Dari sinilah manusia dituntut untuk bertanggung jawab terhadap apa yang ia lakukan. Mulai dari hal yang sangat kecil sampai yang paling besar. "Barang siapa yang berbuat kebaikan, walau sebesar biji atom, dia akan melihatnya. Dan barang siapa yang berbuat kejelekan, walau sebesar biji atom, maka ia akan melihatnya pula" (al Zalzalah 7 - 8).

A.                Tanggung jawab terhadap keluarga
       
Keluarga merupakan Masyarakat kecil, keluarga terdiri dari suami-istri , ayah ibu dan anak anak, dan juga orang lain yang menjadi anggota keluarga. Tiap anggota keluarga wajib bertanggung jawab kepada keluarganya. Tanggung jawab ini menyangkut nama baik keluarga tapi tanggung jawab juga merupakan kesejahteraan, keselamatan , pendidikan dan kehidupan.

B.        Tanggung jawab terhadap Masyarakat

Pada hakekatnya manusai tidak bisa hidup tanpa bantuan manusia lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai mahluk sosial. Karena membutuhkan manusia lain maka ia harus berkomunikasi dengan manusia lain tersebut. Sehingga dengan demikian manusia disini merupakan anggota masyarakat yang tentunya mempunyai tanggung jawab seperti anggota masyarakat lain agat dapat melangsungkan hidupnya dalam masyarakat tersebut. Wajarlah apabila segala tingkat laku dan perbuatannya harus dipertanggung jawabkan kepada masyarakat.

DAKWAH

Pendakwah yang pertama kepada manusia ialah sekelian para rasul kepada umatnya. Nabi Muhammad s.a.w. adalah pendakwah kepada umat ini. Ketika nabi dilantik menjadi rasul Allah Azza wa Jalla telah menggariskan objektif jangkamasa panjang dan jangka masa pendek yang perlu direalisasikan oleh baginda s.a.w.
Tugas rasul ialah merubah manusia dan ketamadunannya sehinggalah alam ini berada di bawah lindungan Rahmat Islam. Allah menggariskan peranan rasul s.a.w. sebagai munzir dan mubasysyir, membaca ayat-ayat al-Quran, mentazkiyahkan diri manusia, mengajar mereka al-Quran dan al-Hikmah. Tugas ini dipertegaskan sejak permulaan dakwah al-rasul di Mekah lagi.
Nabi Muhammad s.a.w. telah beramal, berdakwah, mentazkiyah dan mengajarkan kepada umat manusia ajaran al-Quran dan al-Hikmah. Tugas-tugas ini juga di lakukan oleh para sahabat terhadap kaum keluarga dan ahli qabilah mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bukan sekadar berdakwah, mendidik dan merubah keperibadian orang-orang yang beriman tetapi para shabat telah diikat dengan disiplin hidup dan taat kepada segala keputusan Allah dan rasulnya. Setiap tindakan mereka terlebih dahulu perlu mendapat keizinan daripada nabi s.a.w. sebagai pemimpin mereka. Lantaran itu dakwah nabi menjadi satu organisasi yang mantap di mana para sahabat hanya meletakkan wala� hanya kepada Allah dan rasulNya walaupun bertentangan dengan kepentingan diri dan qabilah mereka. Budaya syura dan meminta izin kepada nabi sebagai pimpinan menjadi budaya hidup umat Islam menjadikan saf mereka saf yang mantap dan kukuh seperti binaan yang tersusun batu batanya.
Kerja-kerja nabi lebih memfokuskan kepada membina tulang belakang ummah di mana di atasnya akan dibina tamaddun manusia selepas mereka. Generasi pertama mukminin telah ditarbiyyah dibawah pengawasan Allah Azza wa Jalla. Sejak zaman Mekah mereka dididik dengan membina hubungan rohani yang erat dengan Allah melalui membaca ayat-ayat al-Quran dalam qiamullail mereka. Mereka dididik supaya menahan perasaan marah apabila nabi dicerca-dicela, sahabat-sahabat yang lemah disiksa dan dibunuh dan akhirnya mereka dipulau sehingga kehabisan makanan dan hampir-hampir mati kebuluran. Mereka dididik supaya mengorbankan harta dan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka dididik supaya meletakkan keredaan Allah dan  kenikmatan Syurga sebagai objektif utama mereka dalam kehidupan di dunia ini.
Generasi inilah yang membina asas kegemilangan tamaddun Islam yang berjaya membawa Rahmatnya daripada Barat Dunia di Maghribi sehingga ke Timurnya di Manila yang dahlulunya terkenal sebagai Mamlakah Amanallah semasa dibawah payung pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniah.
Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah memulakan era Sekular yang menular di dunia Islam. Kerajaan Turki Uthmaniah telah dipecahkan kepada Negara-negara kecil berasas dasar kebangsaan Arab dan lain-lainnya kemudian di satukan dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa dibawah naungan Yahudi.
Melalui PBB inilah Yahudi mula menggariskan resolusi-resolusi yang perlu disepakati oleh negara-negara ahli agar mereka tetap bersatu. Forum-forum, deklerasi-deklerasi dan resolusi dibuat dengan  dipantau oleh agen-agen Yahudi. Melalui PBB inilah dasar-dasar globalisasi Yahudi di serapkan kepada Negara anggota. Sistem-sistem yang menjadi asas jentera pemerintahan dunia telah menjadi kerangka dan kotak yang menghalang manusia masa kini berfikir diluarnya. Apa sahaja isu yang timbul dalam masyarakat dunia maka penyelesaiannya hanya melalui kerangka pemikiran dan dasar yang diciptakan untuk bangsa-bangsa ini dan di PBBlah tempat mereka cuba merumuskan resolusi penyelesaian.
Inilah kemelut umat Islam masa kini, realitinya mereka telah dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan, penjajahan dasar, perlembagaan dan sistem hidup. Penjajahan neraca nilai dalam mengenal pasti punca masaalah dan jalan penyelesaiaannya.  Penjajahan budaya hidup ketika susah dan gembira, penjajahan etika dan akhlak sosial.
Matlamat hidup mereka digariskan oleh pemerintah sekular, rutin harian mereka berlegar dalam merealisasikan wawasan Negara yang sekular hatta pendidikan anak-anak diserahkan kepada sekolah yang tidak mjenjadikan objektif Syarak sebagai objektif pendidikan sekular.
Sistem pendidikan masa kini yang mempunyai belanjawan berjuta-juta ringgit setiap tahun hanyalah menjadi pekerja-pekerja yang bakal meneruskan kesinambungan sistem sekular.
Realiti masa kini adalah realiti jahiliyyah kurun 20an. Jahiliyyah pemikiran dan ideologi yang di pertahankan kesinambungannya oleh sistem yang jahiliyyah juga.
Objektif Strategik Dakwah Masa Kini.
Objektif ini hendaklah menjadi agenda gerakan Islam masa kini.
  1. Melahirkan semula insan muslim, mukminin, muhsinin, muttaqin melalui pentarbiyahan berasaskan manhaj amal yang pernah melahirkan generasi pertama.
  2. Memperbaiki keluarga-keluarga muslim agar menjadikan objektif Islam sebagai objektif dalam sistem hidup kekeluargaan mereka.
  3. Membina semula masyarakat berasaskan tanggungjawab kemasyarakatan yang di asaskan atas dasar Islam.
  4. Menyatukan semua umat Islam ini dalam organisasi yang meletakkan wala� hanya kepada Allah dan rasulnya dan berusaha membebaskan diri daripada cengkaman ideologi dan sistem kerajaan jahiliah.
  5. Melahirkan organisasi Islam yang akhirnya merubah dan mengislah seluruh sistem kerajaan sekular agar menjadi Islam sebagai asas kepada seluruh sistem ada.
  6. Membentuk Pertubuhan Negara-negara Islam dan melantik khalifah kepada ummah
  7. Menerajui dunia dengan globalisasi Islam yang membawa Rahmat kepada alam sejagat.

Leave a Reply

berilah kritik dan saran yang baik. kritik dan saran anda berguna sekali bagi saya.